BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 22, 2011

PeNgIsIaN RaMaDhAn



Perkara- perkara yang selalu menjadi kemusykilan dalam bulan ramadhan..


1) TIDAK SAH puasa apabila sesorang LUPA berniat puasa di malam hari hingga terbit fajar kerana ia adalah syarat sah puasa. Namun begitu dia masih diwajibkan imsak di siang hari dan wajib qadha.

2) SAH puasa seseorang yang berada dalam keadaan berhadath besar dan belum mandi ketika masuk waktu subuh. Makruh jika melewatkan mandi hadath besar hingga selepas terbit fajar.

3) TIDAK BOLEH BERBUKA dan BERHARI RAYA bagi orang yang memulakan puasa Ramadhan di Mekah lebih awal satu hari dari Malaysia, di mana apabila  beliau balik, puasanya sudah cukup 30 hari dan penduduk di  Malaysia masih berpuasa lagi. Dalam hal ini, dia hendaklah  tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk  Malaysia. Demikian juga jika seseorang pergi ke negara di mana telah lebih awal berpuasa Ramadhan berbanding Malaysia dan mereka berhari raya sedangkan beliau bepuasa baru  28 hari, maka wajib atasnya berbuka puasa dan berhari raya mengikut negara berkenaan.  Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari  maka wajib mengqadha'kannya kemudian.

4) Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut ubat gas ventolin inhaler ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk mengelakkan kemudharatan  yang boleh mengancam nyawa maka DIBOLEHKAN sebagai keringanan baginya dan tidak batal puasanya. Penggunaan dalam keadaan biasa BOLEH MEMBATALKAN puasa kerana cecair gas itu boleh terasa di kerongkongan.

5) TIDAK batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa tetapi makruh, begitu juga berbekam.

6) TIDAK BATAL puasa orang yang  terpaksa mendapatkan suntikan daripada doktor bagi tujuan perubatan kerana darurah.

7) Batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau memasukkan cecair gelukosa dan sebagainya ke dalam badan melalui suntikan pada urat kerana ‘ain benda itu akan masuk ke rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta menyebabkan rasa kenyang.

MALAM 7 LIKUR

Amalan menyambut malam 7 likur dengan memasang pelita di halaman rumah kerana percaya  bahawa roh-roh orang yang meninggal dunia akan kembali bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh syariat dan tiak berasas. Bagaimanapun ia hanyalah adat setempat yang  diharuskan selagimana tidak bertujuan sedemikian, dilakukan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran. Yang dituntut melaksanakannya pada 10 terakhir Ramadhan adalah menghidupkan malamnya.
MALAM LAILATUL QADAR

Tidak ada kepastian yang yang jelas mengenai masa berlakunya lailatul qadar. Namun begitu Jumhur Ulama’ berpendapat ia berlaku pada malam yang ganjil daripada 10 akhir Ramadhan berdasarkan kepada petunjuk beberapa hadith sahih anataranya yang diriwayatkan oleh Bukhari  dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam besabda yang bemaksud : “Carilah dengan segala daya  upaya malam lailatul qadar di malam-malam ganjil dari sepuluhan yang akhir dari bulan Ramadhan”.  

Sunday, August 21, 2011

CeRiTeRa CinTa

walau pengakhiran kisah cinta pertama, namun kurniaan ALLAH memberi peluang cinta KEDUA. Kisah Jodoh, Hati dan perasaan adalah anugerah ALLAH S.W.T. Tiada siapa mampu menidakkan perasaan itu.

Kisah cinta dilestarikan dengan ikatan yang suci..



SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga Berkekalan hingga akhir hayat... <3

Friday, June 24, 2011

Shopping@Border Thailand (24june2011)

Hari nie adalah hari yang best...hang out ngan BFF. Memang syok gile....kitaorang dari rumah kul 9.30am...xcited nk pegi..bgn po awal...ahahhahahha.... sampai kat muduk dekat2 kul 11... sebenarnya munduk nie macam pasar biasa. tapi yg membuat syok kat sana sebab harga dia murah2...memang ramai orang kat sana. untuk seberang sungai kene naik sampan dulu...tambang dia RM1 je...mmg murah...5 minit je untuk seberang sungai.

 nie kat pengkalan nk seberang ke MUNDUK..memang ramai orang....
 hati-hati.........takut tapi xcited...
 Pengangkutan ke seberang..sampan!!
 nurul ngan fatin

gambar kat dalam sampan.....




Macam-macam ada kat sana...lain kali nk pegi lagi.....syok gler...nsb baik xbwk duit bnyk2..kalau x balik mesti xmuat sampan....ad makcik-makcik siap beli kuali besar, toto, memang sesak la.....nk jalan pon susah...
da penat jalan-jalan masa untuk balik.....kene tunggu turn nk naik sampan.


Monday, June 20, 2011

HAPPY FATHER'S DAY

AYAH,ABAH,BABA,DADDY,WALID,CHE,PAPA..walau apa panggilan sekalipun ia tetap sama...kasih sayang tetap sama. bak kata pujangga KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH KEKAL ABADI. tak kirala apa yang terjadi tetap kasih selamanya. Semepena hari bapa nie saya mengucapkan terima kasih abah n i love u always. Terima kasih atas segala pengorbanan ABAH selama ini.

 Ini adalah abah saya..my Abah is my hero...
Abah memang sporting..xpernak nak sekat minat atau kehendak anak-anak. selagi termampu di tunaikan, akan ditunaikan. Harapan abah adalah dia nak anak-anak dia berjaya. tetapi abah tak pernah paksa anak-anak dalam buat keputusan. abah tak suka membebel, tapi sekali dia tegur, faham-faham la....benda tue memang betul-betul dia tak suka.



Tak lupa untuk abang saya yang telah menjadi bapa kepada 2 orang cahaya matanya iaitu NURUL ALIA NABILA BT HASBULLAH & MOHD LUKMAN NUR HAKIM B. HASBULLAH. Tahniah....semoga menjadi ayah yang terbaik...anak tetap anak...walau apa yang terjadi, hubungan ayah dengan anaknya tetap tak berubah.

HAPPY FATHER'S DAY....

Assalamualaikum....

salam sejahtera.....salam satu malaysia....ehehe...sudah lama x update blog...bnyk yang terjadi selama saya tak update blok.....herm.....nk mula dari mana ek....first thing saat saya update blog nie saya dah nak grad study saya...tinggal lagi satu sem je....takut la....mcm mna nk keje yg melibatkan nyawa orang..xtau la mcm mna nanti...yang paling ditakutkan ialah stress...bnyk sangat stress yang bakal dihadapi nanti bila balik kolej. nk kene mengadap dengan pengajar2 lagi, nk ngadap dengan semua isi KKAS...risau la...bnyk bende nk kene fikir untuk final sem...exam, result,osce, clinical posting, pengajar, berat badan...herm...bila ingtkan kolej mesti hati xsenang...rasa nk menangis pon ad....macam mna nak atasi semua nie..takut2!!!second thing is..saya dah selisihan faham dengan rakan kolej saya....tue la org kata..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...sebenarnya benda nie jadi xtau mn puncanya. sekian lama bende nie jadi...nasib baik ada lagi insan2 yang menyokong ak...thanks kawan....walau apa pun sebelum aku ambil tindakan nie kami dah bnyk usaha untuk berbaik-baik dengan diorang. semua usaha kami mcm melepaskan batuk tepi tangga....xdipandang langsung...dia nak kata apa pon kat  ak kata la....xkisah...yg penting aku buat demi sahabat2 ku yg makan hati jer dengan tindakan dengan malaun tue....