BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 22, 2011

PeNgIsIaN RaMaDhAn



Perkara- perkara yang selalu menjadi kemusykilan dalam bulan ramadhan..


1) TIDAK SAH puasa apabila sesorang LUPA berniat puasa di malam hari hingga terbit fajar kerana ia adalah syarat sah puasa. Namun begitu dia masih diwajibkan imsak di siang hari dan wajib qadha.

2) SAH puasa seseorang yang berada dalam keadaan berhadath besar dan belum mandi ketika masuk waktu subuh. Makruh jika melewatkan mandi hadath besar hingga selepas terbit fajar.

3) TIDAK BOLEH BERBUKA dan BERHARI RAYA bagi orang yang memulakan puasa Ramadhan di Mekah lebih awal satu hari dari Malaysia, di mana apabila  beliau balik, puasanya sudah cukup 30 hari dan penduduk di  Malaysia masih berpuasa lagi. Dalam hal ini, dia hendaklah  tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk  Malaysia. Demikian juga jika seseorang pergi ke negara di mana telah lebih awal berpuasa Ramadhan berbanding Malaysia dan mereka berhari raya sedangkan beliau bepuasa baru  28 hari, maka wajib atasnya berbuka puasa dan berhari raya mengikut negara berkenaan.  Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari  maka wajib mengqadha'kannya kemudian.

4) Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut ubat gas ventolin inhaler ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk mengelakkan kemudharatan  yang boleh mengancam nyawa maka DIBOLEHKAN sebagai keringanan baginya dan tidak batal puasanya. Penggunaan dalam keadaan biasa BOLEH MEMBATALKAN puasa kerana cecair gas itu boleh terasa di kerongkongan.

5) TIDAK batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa tetapi makruh, begitu juga berbekam.

6) TIDAK BATAL puasa orang yang  terpaksa mendapatkan suntikan daripada doktor bagi tujuan perubatan kerana darurah.

7) Batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau memasukkan cecair gelukosa dan sebagainya ke dalam badan melalui suntikan pada urat kerana ‘ain benda itu akan masuk ke rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta menyebabkan rasa kenyang.

MALAM 7 LIKUR

Amalan menyambut malam 7 likur dengan memasang pelita di halaman rumah kerana percaya  bahawa roh-roh orang yang meninggal dunia akan kembali bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh syariat dan tiak berasas. Bagaimanapun ia hanyalah adat setempat yang  diharuskan selagimana tidak bertujuan sedemikian, dilakukan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran. Yang dituntut melaksanakannya pada 10 terakhir Ramadhan adalah menghidupkan malamnya.
MALAM LAILATUL QADAR

Tidak ada kepastian yang yang jelas mengenai masa berlakunya lailatul qadar. Namun begitu Jumhur Ulama’ berpendapat ia berlaku pada malam yang ganjil daripada 10 akhir Ramadhan berdasarkan kepada petunjuk beberapa hadith sahih anataranya yang diriwayatkan oleh Bukhari  dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam besabda yang bemaksud : “Carilah dengan segala daya  upaya malam lailatul qadar di malam-malam ganjil dari sepuluhan yang akhir dari bulan Ramadhan”.  

Sunday, August 21, 2011

CeRiTeRa CinTa

walau pengakhiran kisah cinta pertama, namun kurniaan ALLAH memberi peluang cinta KEDUA. Kisah Jodoh, Hati dan perasaan adalah anugerah ALLAH S.W.T. Tiada siapa mampu menidakkan perasaan itu.

Kisah cinta dilestarikan dengan ikatan yang suci..



SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga Berkekalan hingga akhir hayat... <3